SEJARAH SEKOLAH SMK DATO SEYED ESA , BATU PAHAT , JOHOR

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa
سكوله منڠه كبڠسٲن داتوء شيد عيسى
المدرسة الثانويه الوطنيه داتوء شيد عيسى
Maklumat
JenisSekolah menengah
MotoSatu Sekolah Satu Impian
Ditubuhkan8 Mei 1962
StatusDibuka
Daerah sekolahBatu Pahat
PengetuaPuan Roziah binti Tawil
Kakitangan
  • 128 (guru)
  • 18 (staf sokongan)
Pelajar2100+ orang (2011)
Color(s)
  •      Panglima
  •      Bentara
  •      Temenggung
  •      Hulubalang
  •      Laksamana
  •      Bendahara

Image result for LOGO SMK DATO SYED ESA

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air(SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaanyang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu PahatJohor.


SEJARAH SMK DATO SYED ESA:

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada 8 Mei 1962 dimana sekolah ini menumpang bangunannya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke sekolah menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).[1]
Setelah sistem peperiksaan itu dimansuhkan, maka dengan sendirinya sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus. Pelajar lelaki dan aliran Melayu telah diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) manakala pelajar perempuan pula diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (STA). Bagi pelajar yang mengikuti aliran Inggeris, mereka telah meneruskan persekolahan mereka di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School(Sekolah Menengah Aliran Inggeris). Ketika itu, sekolah telah berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Hwa Nan yang terletak di Batu 3, Jalan Kluang.[1]
Pada tahun 1967, nama sekolah ini ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) serta berpindah dan menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman). Setelah banyak menumpang di sekolah-sekolah lain, pada 1 Jun 1973, sejarah baharu tercipta apabila sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri dengan nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA).[1]
Setelah 35 tahun berlalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah tercatat apabila salah seorang tokoh ulung dari Batu Pahat iaitu Dato' Syed Esa telah diabadikan sebagai nama baharu bagi sekolah ini. Maka sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE). Majlis perasmian nama baharu ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain, ahli-ahli keluarga allahyarham Dato' Syed Esa serta warga SMKDSE sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

PERMAINAN TRADISONAL TAGAN ( PENGAKAP ) :

KUMPULAN 15 BATU PAHAT , PENGAKAP , SMK DATO SYED ESA