PERMAINAN TRADISONAL TAGAN ( PENGAKAP ) :
PERMAINAN TAGAN 01 PENGENALAN Disebelah pantai timur (Kelantan) permainan ini digelar sebagai “Bidah para atau bidah Paro”. Getah melastik tersebut dipanggil getah bidas atau “jepretan”, di sesetengah tempat lain digelar “gunduk”. Ia turut digunakan sebagai getah bidas cicak.Di Johor ia dikenali “getah tagan” atau lastik cicak. Permainan ini dipilih kerana: i. Salah satu permainan kanak-kanak yang hampir dilupai atau pupus. ii. Keunikan pembuatan tagan (getah bidas) yang memerlukan kemahiran/skill memintal dan ikatan, juga merupakan salah satu kemahiran dalam berpengakap. iii. Getah gelang tidak digunakan lagi selepas diguna mengikat barang, boleh dikitar semula sebagai satu inovasi permainan yang menarik. 02 KEBAIKAN PERMAINAN 1. Melatih ketepatan bedek/tinang sasaran. 2. Memupuk nilai kesabaran, kemahiran fokus mata, dan ilmu mengira. 3. Menjimatkan kos kerana bahan getah gelang yang diguna semula. 4. Membina disiplin diri dan mematuhi peraturan.