Posts

Showing posts from March, 2018

PERMAINAN TRADISONAL TAGAN ( PENGAKAP ) :

Image
PERMAINAN TAGAN 01 PENGENALAN Disebelah pantai timur (Kelantan) permainan ini digelar sebagai “Bidah para atau bidah Paro”. Getah melastik tersebut dipanggil getah bidas atau “jepretan”, di sesetengah tempat lain digelar “gunduk”. Ia turut digunakan sebagai getah bidas cicak.Di Johor ia dikenali “getah tagan” atau lastik cicak. Permainan ini dipilih kerana:   i. Salah satu permainan kanak-kanak yang hampir dilupai atau pupus. ii.   Keunikan pembuatan tagan (getah bidas) yang memerlukan kemahiran/skill memintal dan ikatan, juga merupakan salah satu kemahiran dalam berpengakap. iii. Getah gelang tidak digunakan lagi selepas diguna mengikat barang, boleh dikitar semula sebagai satu inovasi permainan yang menarik. 02 KEBAIKAN PERMAINAN   1. Melatih ketepatan bedek/tinang sasaran. 2. Memupuk nilai kesabaran, kemahiran fokus mata, dan ilmu mengira. 3. Menjimatkan kos kerana bahan getah gelang yang diguna semula. 4. Membina disiplin diri dan mematuhi peraturan.

SEJARAH SEKOLAH SMK DATO SEYED ESA , BATU PAHAT , JOHOR

Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa سكوله منڠه كبڠسٲن داتوء شيد عيسى المدرسة الثانويه الوطنيه داتوء شيد عيسى Maklumat Jenis Sekolah menengah Moto Satu Sekolah Satu Impian Ditubuhkan 8 Mei 1962 Status Dibuka Daerah sekolah Batu Pahat Pengetua Puan Roziah binti Tawil Kakitangan 128 (guru) 18 (staf sokongan) Pelajar 2100+ orang (2011) Color(s)       Panglima       Bentara       Temenggung       Hulubalang       Laksamana       Bendahara Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air(SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah  sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu  Hospital Batu Pahat  di  Batu Pahat ,  Johor . SEJARAH SMK DATO SYED ESA: Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada  8 Mei   1962   dimana   sekol

KUMPULAN 15 BATU PAHAT , PENGAKAP , SMK DATO SYED ESA

Image
PENGENALAN KEPADA DATO SYED ESA: Dato' Syed Esa bin Alwee al-Syahab  (lahir 23 Oktober 1901) dilantik sebagai Timbalan dan kemudian  Yang di-Pertua Dewan Rakyat  yang kedua, selama 6 bulan 6 hari, antara 18 Mei 1964 - 24 November 1964. Mulanya beliau menjadi Timbalan kepada  Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman . Selepas itu, beliau diganti oleh Tan Sri Datuk Haji  Mohamed Noah bin Omar  . Dalam  Pilihan raya umum Malaysia 1959 , beliau menang di Parlimen  Batu Pahat  Dalam,  Johor  atas tiket  Perikatan / UMNO . Rakannya  Ali bin Ahmad  turut menang di  Pontian  Selatan dan Datin  Fatimah binti Haji Hashim , ( Jitra - Padang Terap ) dan Datin  Fatimah bin Haji Abdul Majid  ( Johor Bharu ) Timur. DARI SEGI PENGAKAP: Beliau aktif dalam persatuan  Pengakap  , menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor (1946) dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia) ke-3 dari 1963-1968. Beliau menjadi tokoh Pengakap Johor dan Dewan Dato'Syed Esa sempena nama beliau. Dewan