PERMAINAN TRADISONAL TAGAN ( PENGAKAP ) :


PERMAINAN TAGAN

01 PENGENALAN
Disebelah pantai timur (Kelantan) permainan ini digelar sebagai “Bidah para atau bidah Paro”. Getah melastik tersebut dipanggil getah bidas atau “jepretan”, di sesetengah tempat lain digelar “gunduk”. Ia turut digunakan sebagai getah bidas cicak.Di Johor ia dikenali “getah tagan” atau lastik cicak.

Permainan ini dipilih kerana:
 i. Salah satu permainan kanak-kanak yang hampir dilupai atau pupus.
ii.  Keunikan pembuatan tagan (getah bidas) yang memerlukan kemahiran/skill memintal dan ikatan, juga merupakan salah satu kemahiran dalam berpengakap.
iii. Getah gelang tidak digunakan lagi selepas diguna mengikat barang, boleh dikitar semula sebagai satu inovasi permainan yang menarik.

02 KEBAIKAN PERMAINAN 
1. Melatih ketepatan bedek/tinang sasaran.
2. Memupuk nilai kesabaran, kemahiran fokus mata, dan ilmu mengira.
3. Menjimatkan kos kerana bahan getah gelang yang diguna semula.
4. Membina disiplin diri dan mematuhi peraturan.
5. Membentuk sikap setiakawan.
6. Dapat mengisi lapang dengan aktiviti berfaeda






03 BAHAGIAN-BAHAGIAN PADA (BIDAS) :
04: STRUKTUR-STRUKTUR PADA TAPAK PERMAINAN TAGAN:
Image result for GAMBAR LASTIK getah

05 PERALATAN PERMAINAN :
i. Getah tagan (getah bidas).
ii. Getah taruhan.
iii. Getah regang (para).
iv. Dua batang kayu.

06 CONTOH BIDAS:








07 PERATURAN PERMAINAN TAGAN :
1. Dimainkan secara berpasangan atau satu kumpulan (dua orang atau lebih), jika lebih ramai lebih baik.
2. Pemain akan membuat undian bagi menentukan siapa yang memulakan permainan. Peluang melastik akan dijalankan bergilir mengikut tertib urutan.
3. Penentuan pemenang adalah di mana pemain yang berjaya mengumpul jatuhan getah yang terbanyak sekali.
 4. Hanya getah umpan yang dilastik jatuh ke bawah/ke tanah sahaja boleh dikira (diambil oleh pemain). Getah yang masih di atas para, pemain seterusnya berpeluang cuba menjatuhkannya.


08. Cara menjalankan permainan:
1 Jika bermain ditanah lapang, dua batang kayu ditanam ke dalam tanah secara berdiri selari.
2 Getah diregang pada batang kayu tadi.
3 Getah umpan diletakkan di atas para getah yang diregangkan.
4 Bilangan getah umpan bergantung persetujuan pemain (2, 3, 4, 5 dsb)
5 Satu garisan dilukis pada tanah mengikut jarak yang ditetapkan oleh pemain (contoh; 2 m, 3 m, 5m dsb.) atau mengikut anggaran langkah kaki.
6 Jika memerlukan borang skor (kaedah ini boleh digunakan jika ingin menggunakan sistem mata bagi menentukan pemenang)


Permainan tamat biasanya, sehingga getah yang dipertaruhkan telah habis kerana dimenangi oleh pihak yang memonopoli permainan kerana memiliki kemahiran melastik yang baik.

09. BORANG SKOR :


NAMA : ……………………………………………………………………
BIL.
PESERTA
                  PERCUBAAN
JUMLAH
1
2
3
4

1.






2.






3.






4.






5.






6.



















10. PELAN PERMAINAN:



NOTA: PEMAIN PERLU MELASTIK TAGAN SEBELUM GARISAN MERAH.








12: GAMBAR-GAMBAR PERMAINAN TAGAN DAN BIDASNYA

Image result for GAMBAR LASTIK getahRelated image

Image result for GAMBAR LASTIK getahRelated image

Image result for GAMBAR LASTIK getahImage result for GAMBAR LASTIK getah



13:LAMPIRAN


14:SUMBER RUJUKAN

SUMBER INTERNET:






Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH SEKOLAH SMK DATO SEYED ESA , BATU PAHAT , JOHOR

KUMPULAN 15 BATU PAHAT , PENGAKAP , SMK DATO SYED ESA