KUMPULAN 15 BATU PAHAT , PENGAKAP , SMK DATO SYED ESA

Image result for LOGO PENGAKAP johor

Image result for logo dato syed esa
PENGENALAN KEPADA DATO SYED ESA:

Dato' Syed Esa bin Alwee al-Syahab (lahir 23 Oktober 1901) dilantik sebagai Timbalan dan kemudian Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kedua, selama 6 bulan 6 hari, antara 18 Mei 1964 - 24 November 1964. Mulanya beliau menjadi Timbalan kepada Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman. Selepas itu, beliau diganti oleh Tan Sri Datuk Haji Mohamed Noah bin Omar .

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, beliau menang di Parlimen Batu Pahat Dalam, Johor atas tiket Perikatan/UMNO. Rakannya Ali bin Ahmad turut menang di Pontian Selatan dan Datin Fatimah binti Haji Hashim, (Jitra-Padang Terap) dan Datin Fatimah bin Haji Abdul Majid (Johor Bharu) Timur.
Image result for LOGO PENGAKAP johor

DARI SEGI PENGAKAP:


Beliau aktif dalam persatuan Pengakap , menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor (1946) dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia) ke-3 dari 1963-1968. Beliau menjadi tokoh Pengakap Johor dan Dewan Dato'Syed Esa sempena nama beliau. Dewan ini dibuka pada 1954 di Tanjung LabohBatu Pahat. Tanjung Laboh terletak kira-kira 15 km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian.Ia telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956.


Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH SEKOLAH SMK DATO SEYED ESA , BATU PAHAT , JOHOR

PERMAINAN TRADISONAL TAGAN ( PENGAKAP ) :